PENILAIAN REKABENTUK KURIKULUM PROGRAM BERDASARKAN DIMENSI LATIHAN MENGAJAR

  • Syed Lamsah Syed Chear
  • Hafizah Kusnek@Khusni
  • Nurul Ain Ismail
  • Norsyahida Mat Nazir
Keywords: pengalaman pembelajaran, penilaian kurikulum, keyakinan latihan mengajar

Abstract

Persaingan merebut kedudukan universiti terbaik dan tekanan untuk memenuhi keperluan industri dan kebolehpasaran graduan menuntut universiti mengemaskini struktur kurikulum agar seiring perkembangan semasa. Objektif kajian ini adalah untuk menilai pencapaian objektif pembelajaran  berdasarkan dimensi latihan mengajar (praktikum). Maklumbalas pelajar diperoleh melalui borang soal-selidik yang diedarkan ketika mereka menghadiri taklimat praktikum. Responden terdiri daripada pelajar Diploma Pendidikan yang akan menjalani latihan mengajar selama 8 - 14 minggu di prasekolah terpilih. Pencapaian objektif program diukur berdasarkan perbandingan antara pengalaman pembelajaran (PB) di universiti dengan tahap kesediaan pelajar untuk menjalani latihan mengajar di prasekolah (KP). Didapati pelajar paling bersedia daripada aspek mengurus aktiviti kokurikulum, diikuti menampilkan sahsiah & personaliti diri, kemahiran mengajar dan mengurus rutin harian. Manakala pengalaman pembelajaran terbaik para pelajar semasa di universiti adalah berkaitan pembentukan sahsiah & personaliti, diikuti mengurus rutin harian, pengetahuan dan mengurus aktiviti kokurikulum. Rumusan daripada analisis ini menunjukkan terdapat gap lebih tinggi KP-PB pada domain pengetahuan dan mengurus aktiviti kokurikulum, manakala nilai lebih rendah pada domain kemahiran mengajar, mengurus rutin harian dan penampilan (sahsiah & personaliti). Gap sebegini menunjukkan para pelajar bersedia daripada aspek pengetahuan dan kemahiran mengurus aktiviti kokurikulum sebaliknya mereka tidak yakin memiliki kemahiran mengajar, menampilkan diri di sekolah serta membuat persediaan untuk menjalani pratikum. Maklumbalas ini memberi petunjuk kepada institusi untuk memperhalusi rekabentuk kurikulum bagi melahirkan graduan yang diperlukan di industri.

References

Abbadeni, N., Ghoneim, A. and Alghamdi, A. (2013). Program educational objectives definition and assessment for quality and accreditation. International Journal of Engineering Pedagogy (iJEP), 3(3), 33 ‒ 46. Muat-turun pada 29 Sept 2019 daripada http://dx.doi.org/10.3991/ijep.v3i3.2777
Ali, M.H., Ismail, A., Suleiman, N., & Tajuddin, M.A. (2016). Faktor pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia : Satu panduan untuk industri. Jurnal Personalia Pelajar, 19(2), 9 – 15. Muat-turun daripada http://journalarticle.ukm.my/10888/1/Artikel-2_Mohd-Helmi-Ali_FEP.pdf
Ary, D., Jacobs, L. C., & Sorensen, C. (2010). Introduction to research in education (8th ed.). California: Thomson Wadsworth. Dalam Boone, H.N. & Boone, D.A. (2012). Analyzing Likert data. Journal of Extension, 50(2). Muat-turun pada 28 Sept 2019 daripada https://www.joe.org/joe/2012april/pdf/JOE_v50_2tt2.pdf.
Bank Negara Malaysia (2017). Laporan tahunan 2016. Prospek dan dasar pada tahun 2017. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_publication&pg=bm_ar&ac=39&lang=bm
Boone, H.N. & Boone, D.A. (2012). Analyzing Likert data. Journal of Extension, 50(2). Muat-turun pada 28 Sept 2019 daripada https://www.joe.org/joe/2012april/pdf/JOE_v50_2tt2.pdf.
Borg, W. R. & Gall, M. D. (1983). Educational research: An introduction. New York: Longman Inc.
Cronbach, L.J. (1963). Course improvement through evaluation. Teacher college record. New York: Teachers College, Columbia University.
Dimon, Z., Azizan, N.I., Ismail, N., Abu Bakar, S., & Shaharuddin, H.N. (2017). Faktor yang mempengaruhi pelajar memilih bidang pengajian islam. Malaysian Online Journal of Education, 1(1), 50-57. Muat-turun daripada http://journal.kuis.edu.my/omje/wp-content/uploads/2017/04/50-57_Vol.1_No.1_2017-1.pdf
Dragan, V., Jelena, U., & Davor, K. (2016). Industry 4.0: The future concept and new vision of factory of the future development. International Scientific Conference on ICT and E-Business Related Research. https://www.researchgate.net/publication/303561107
Fitzpatrick, Jody L., James R. Sander., Blaine R. Worthen. (2004). Programme evaluation: Alternative approaches and practical guidelines. United States of America: Pearson Education, Inc.
Goh, P. S., & Matthews, B. (2011). Listening to the concerns of student teachers in Malaysia during teaching practice. Australian Journal of Teacher Education, 3(3), 92 – 103.
IFTF (2011). Future Works Skills 2020. Institute for the Future for University of Phoenix Research Institute. Muat-turun daripada http://www.iftf.org/futureworkskills/
Jabatan Perangkaan Malaysia (2017). Laporan Kajian Tenaga Buruh 2016. Muat-turun https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=SGZCNnMrWW9ZTEdpYys4YW0yRlhoQT09
Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitudes. Archives of Psychology,
22(140), 1–55. Dalam Boone, H.N. & Boone, D.A. (2012). Analyzing Likert data. Journal of Extension, 50(2). Muat-turun pada 28 Sept 2019 daripada https://www.joe.org/joe/2012april/pdf/JOE_v50_2tt2.pdf.
Madaus, G. F. (1983). The courts, validity and minimum competency testing. Boston: Kluwer-njhoff.
Makhbul, Z.M., Yussof, I., & Awang, A.H. (2015). Antara realiti dan harapan – Kajian empirikal persepsi majikan terhadap prestasi graduan tempatan. GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space, 11(10), 27 – 36. Muat-turun daripada http://journalarticle.ukm.my/9531/1/3x.geografia-si-sept15-zafir_%281%29.pdf
Muratova, E.A. & Marina S. Tayurskaya, M.S. (2014). Stakeholders’ evaluation of learning outcomes in educational programs improvement. Proceedings of the 10th International CDIO Conference, Universitat Politècnica de Catalunya, Barcelona, Spain, June 16-19, 2014. http://www.cdio.org/files/document/cdio2014/112/112_Paper.pdf
Mohamad Zamri, E., & Ahmad, N. (2017). Kajian terhadap kebolehpasaran graduan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Politeknik Sultan Azlan Shah. e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17). https://upikpolimas.edu.my/conference/index.php/icompex/icompex17/paper/viewFile/281/117
Mohd Fuad, Naemas & Mohd Hilmi. (2014). Praktikum di sekolah: Realiti menuju professionalisme. Penerbitan Multimedia.
Mohd Sofi, A., Abdul Jalil, O., & Abdul Faruk, A.K. (2013). Issues and concerns faced by undergraduate language student teachers during teaching practicum experiences. The Malaysian Online Journal of Educational Science, 2(3): 22 – 30.
Noor Azlan, A. A., & Mei, L.W. (2011). Bimbingan oleh guru pembimbing kepada guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational Psychology and Counselling, 59 – 76.
OECD (2017). Malaysia’s economic success story and challenges. Economic Department Working Papers No. 1369 Muat-turun https://www.oecd.org/eco/Malaysia-s-economic-success-story-and-challenges.pdf
Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (2009). Curriculum: Foundations, principles and issues. United States: Pearson.
Rahman, L.A., Mohammad, W.M., Md Isa, Z., & Ahmad, H. (2017). Corak kajian kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Sorotan antara tahun 2010-2015. Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah, 4(2), 31-43. Muat-turun daripada http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files7/jsass_vol4bil2_003_Lubna.pdf
Rowe, A. & Zegwaard, K. (2017). Developing graduate employability skills and attributes: Curriculum enhancement through work-integrated learning. Asia-Pacific Journal of Cooperative Education, 18: 87 – 99. Muat-turun pada 29 Sept 2019 daripada https://www.researchgate.net/publication/327791143_Developing_graduate_employability_skills_and_attributes_Curriculum_enhancement_through_work-integrated_learning
Ruhani, M. M. (2012). Impact of the supervisory relationship on trainee development. International Journal of Business and Social Science, 3(18), 168 – 177.
Salleh, M. (2016). Keberkesanan latihan praktikum berasaskan kepada perkembangan identiti professional guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia. Muat-turun daripada http://eprints.usm.my/31730/1/TESIS_MAHAYA_SALLEH_JUN_2016.pdf
Scriven, M. (1991). Key Evaluation Checklist. In M. Scriven. Evaluation thesaurus. Thousand Oaks, CA: Sage.
Smith, M. F. (1994). Evaluation: Review of the past, preview of the future. Evaluation Practice, 15, 215-227.
Stufflebeam. D.L. (1971). The relevance of CIPP evaluation model for educational accountability. Journal of Research and Development in Education, 5(1): 19-25.
Sural, I. (2017). 21st century skills level of teacher candidates. European Journal of Education Studies, 3(8), 530 – 538. Muat-turun pada 27 Sept 2019 daripada https://oapub.org/edu/index.php/ejes/article/view/949
Tyler, R. W. (1950). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: University of Chicago Press.
van Elst, H. (2019). Foundations of descriptive and inferential statistics (version 4). DOI: 10.13140/RG.2.1.2112.3044
Worthen, B. R., & Sanders, J. R. (1973). Educational evaluation. Theory and practice. Belmont, CA: Wadsworth.c
Published
2020-07-05
How to Cite
Syed Chear, S. L., Kusnek@Khusni, H., Ismail, N. A., & Mat Nazir, N. (2020). PENILAIAN REKABENTUK KURIKULUM PROGRAM BERDASARKAN DIMENSI LATIHAN MENGAJAR. Selangor Science & Technology Review (SeSTeR), 4(3), 1-13. Retrieved from https://sester.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/sester/article/view/165